Sunday, June 5, 2011

Tips-tips Untuk Interview

Assalamualaikum

Adakah korang seorang fresh grad yang dah bersedia/tengah mencari kerja? Atau korang dah kerja tapi tengah berfikir untuk mencari kerja kat tempat lain? Atau korang bercadang untuk mengubah karier? Lepas aku abis blaja sampai lah sekarang, aku dah pegi ke semua tempat dan company untuk interview favourite post yang aku mintak, and bermacam-macam karenah interviewer yang aku nampak, so kat sini aku boleh lah kongsi beberapa tips untuk korang prepare siap-siap kalau nak pegi interview. Please note that aku cume bagi tips ni kalau korang pegi interview kat company-company swasta/NGO, kalau korang interview government, teman takleh lah nak bagi tips sebab teman tak penah kene panggil interview dengan government =_______=.

2-3 hari sebelum interview

Make sure korang apply cuti kat bos korang, tapi jangan bagitau alasan korang cuti sebab pegi interview kat tempat lain, sah-sah lah bos korang tak approve nanti..hahaha..

Lepas tu korang kene ambik info sikit pasal company tu, nature of business, history die, dari mane etc. Info yang paling senang korang dapat ialah internet. Biasenyer kalau company besar-besar macam international atau MNC company, dieorang ni ade website sendiri. So make sure korang surf dulu ape-ape yang patut sebelum pegi interview.

Lepas tu korang kene praktis speaking English. Biasenyer international company ni kadang-kadang orang yang akan interview tu maybe mat salleh a.k.a bakal bos korang, atau orang-orang asia dari tempat lain (Jepun, Korea, Vietnam, Singapore etc. Tapi orang-orang kite pon ade jugak). So korang takleh expect loghat dieorang cakap English same macam korang, and korang jugak takleh expect ape yang korang cakap dieorang pon paham, kirenyer macam ayam dengan itik lah. Aku penah ade pengalaman cakap dengan orang China yang aku memang tak paham loghat die, so aku pon explain kat die slow-slow macam naik beca, tapi in the end, die still tak paham-paham jugak (aduh, penat teman cakap..). Untuk mat salleh pulak, korang kene hati-hati kalau die ni dari Australia ker, UK belah-belah atas (teman memang suker dengan orang US sebab loghat depa senang nak paham, even though orang tu dari Texas. Orang Texas ni boleh diumpamakan macam orang-orang utara (Kedah, Penang, Perlis) kat Malaysia ni yang loghat dieorang memang pekat). Lagi satu, korang kene lagi berhati-hati kalau mat salleh tu mother tongue die bukan English (macam orang Perancis, Jerman, Rusia etc.) Bos aku sekarang ni orang Jerman, ade yang aku boleh paham ape yang dieorang cakap, tapi kadang-kadang aku tak paham jugak ape yang dieorang cakap, sampai sekarang +_____+. Broken English is forbidden, kirenyer macam taboo, so jangan sesekali pakai broken English. Korang kene prepare betul-betul tau, especially untuk fresh grad yang baru nak masuk dunia korporat, confirm korang akan terkulat-kulat nanti..huahuahua..

Lagi satu, korang kene praktis belajar menjawab segala soklan-soklan yang akan diajukan nanti mase interview. Korang kene ingat, biler dieorang call korang untuk datang interview, sbenarnyer korang dah berjaye menjejakkan kaki kat company impian korang tu 50%, balance lagi 50% ialah performance korang mase interview, cara masuk dalam bilik interview dan cara korang menjawab soklan. Tapi jangan risau, aku sebelum ni dah banyak kali diinterview dan aku pon pernah interview orang, so soklan-soklan interview ni biasenyer soklan bocor. So, kat bawah ni aku listkan sikit-sikit mane soklan yang dieorang tanye kat aku dan jugak soklan-soklan yang pernah aku tanye mase aku kalau aku interview orang.

1. Tell us about yourself

Haa, soklan ni nampak macam senang kan? Tapi sbenarnyer tricky. Soklan nyer pendek tapi jawapan yang korang kene bagi panjang. Korang kene explain nama penuh, asal dari maner, education background (cakap pasal education kat universiti jek, tak yah nak sambung-sambung sampai ke tadika) dengan current job korang (untuk yang bukan fresh grad). Mase mula-mula aku fresh grad dulu, jawapan aku slalu tak memuaskan dieorang jadi pastu lagi banyak lah dieorang tanya, just untuk soklan no 1 jek ni. Biler aku dah slalu prektis, baru lah jawapan aku superb ^___^. Contoh jawapan yang slalu aku bagi:

Hello, my name is Ili Rabihah Razali. I was graduated from University Malaysia Sabah in Chemical Engineering. Currently I am working as a Failure Analysis Engineer in WD Media for Substrate Plant. I am focusing more on the defect analysis, prior to yield improvement for substrate plant. I also involve in various task forces for major yield improvement in front end process. Besides that, I am in charge for customer return analysis, regardless of internal and external customer and I am also in charge to determine Return Material Authorization (RMA) analysis for front end process and helping the team and company to reduce any additional cost prior to front end yield issue.

Hahaha mantap tak jawapan aku? Kalau untuk fresh grad aku advice korang untuk lebih focus cerita pasal korang punyer kos, major aper yang korang ambik, citer pasal final year project atau tesis korang, ape objective tesis korang, ape yang korang observe and ape yang korang belajar dari situ.

2. Why do you want to work in this industry/company?

Yang ni soklan die pon susah jugak nak jawab, depends pada korang company/industry ape yang korang pegi. Korang kene stresskan kat interviewer apa kelebihan company tu dari company yang lain, kirenyer cam puji sikit-sikit lah company tu, bagi hidung dieorang kembang sikit.

3. Why are you leaving your current role?

Ok, untuk soklan yang ni, korang cakap lah yang korang sbenarnyer mencari new challenges, korang nak gain new skill set, which I see the potential of this job. Korang kene convincekan interviewer yang korang sbenarnyer deserve post yang korang mintak. Jangan memandai-mandai jawab yang korang sbenarnyer dah bosan keje, jadi nak cari tempat lain. Memang confirm korang akan terus direject.

4. What do you think of your previous boss? (Biasenyer yang ni soklan untuk bukan fresh grad)

Yang ni jangan lah korang malu kan bos korang kat orang lain, even though korang tau boss korang hampeh. Untuk soklan ni, korang kene pikir macamane nak transfer perangai-perangai negatif boss korang tu kepada ayat-ayat yang positif. Contoh ayat yang slalu aku pakai:

My boss is a very ambitious person. He always thinks ahead of other people. He taught me the importance of time management. He also deadline driven and his no nonsense attitude really pushed me to work harder.

Haa, ayat macam ni baru lah nampak positif dan meyakinkan interviewer.

5. Where do you see yourself in another 5-10 years?

Petua: Jangan sekali-kali bagitau korang akan ganti tempat bos korang dalam mase 5 tahun..giler ke per??? Mampus silap-silap dieorang tuang asid kt muka korang..hahaha. Petua untuk menjawab soklan ni:

I’d like to have an even better understanding of this industry. I’d also like to be in some type of managerial role, where I can use my skills set and industry knowledge to benefit my team, people and this company.

6. What is your greatest weakness?

Soklan yang ni korang kene jawab jujur ape sbenarnyer weakness korang. Jangan tipu-tipu mase interview. Weakness korang bergantung aper yang korang lemah and korang kene bagitau skali macamaner cara korang nak overcome weakness korang. Contoh:

My biggest weakness is I am not comfortable with public speaking. Therefore, to overcome this weakness, I was volunteered to enroll in speech workshop. As a result, I have managed to overcome this issue, and yet still I don’t love it, but no one can tell!

7. What is your expected salary?

Ok geng, mengaku jelah, kadang-kadang kiter cari tempat lain sebab kiter nak gaji yang lagi besar, btol kan?kan?kan? Tapi jangan lah menampakkan perangai korang yang gelojoh itu. Korang kene sediakan jawapan yang humble. Biasenyer aku tak akan bagi angka brape yang aku nak. Biasenyer aku akan cakap:

I am more interested in the role itself than the pay itself. However, I expect to be paid appropriate range for this role, based on my experience.

Kalau dieorang suruh korang bagi angka brape, baru lah korang jawab.

8. What is your greatest failure and what did you learn from it?

Untuk yang ni korang bagi satu contoh ape failure yang korang pernah rase, and macamane korang overcome failure tu (jangan cakap rase nak bunuh diri yek cik kiah) and ape result nyer selepas korang overcome.

So, itu lah antara soklan-soklan basic yang akan di tanyer. Depends pada interviewer, kadang-kadang dieorang akan tanyer pasal subjek pelajaran yang related dengan keje yang korang ambik tu (aku penah kene skali) atau dieorang akan bagi contoh-contoh situasi yang berlaku kat tempat keje, contoh nyer macamane korang nak keje atau bagi arahan untuk orang yang lagi senior, atau macamane korang nak atasi masalah kalau customer datang cari korang marah-marah dan etc. Aku banyak kali kene yang macam ni, so time tu korang kene menggunakan otak korang yang maha bijaksana untuk mencari jawapan.

1 hari sebelum interview

Make sure korang dah prepare siap-siap baju ape yang korang nak pakai. Tak kisah lah pakai ape pun asalkan baju tu formal. Pakai baju kurung pon boleh, tapi kalau untuk company international, seelok-eloknyer korang pakai la seluar slack dengan blouse, lelaki lak seluar slack dengan kemeja lengan panjang, nampak profesional sikit berbanding baju kurung. Kasut yang nampak kaki is a no-no, mintak mahap, takleh pakai yek cik kiah, kalau boleh tumit kasut pon jangan tinggi sangat. Korang takleh pakai nampak macam high fashion sangat and korang takleh pakai selekeh sangat, kene bersederhana, especially kalau korang interview untuk engineer. Ade sesetengah keje untuk engineer tu kasar dan memerlukan korang aktif dan lasak (contoh macam keje kat TNB ker, oil and gas ker, machinery ker, metal industry ker etc.), kalau korang interview datang pakai wedges ker, tumit 10 inci ker, pastu kuku berkaler, memang sah-sah dieorang ingat korang datang ni untuk interview as fashion designer...

Untuk keje engineer yang kurang lasak macam kilang-kilang elektronik ker, semiconductor ker, wafer ker, lab ker dan yang sewaktu dengan nyer, same jugak macam kat atas, sebab untuk industry-industry yang macam ni, kadang-kadang dieorang pon memerlukan korang untuk aktif dan lasak (contoh cam kene slalu turun production, transfer mesin baru, setup product baru kat production, buat preventive maintenance untuk mesin, keluar masuk lab etc.). Jadi make sure korang pakai untuk interview tu tak keterlaluan ok.

Ok, dengan petua-petua ni, harap korang boleh well-prepared time interview dan bleh jawab dengan maha yakin.

Sekian, have a nice day!

No comments:

Post a Comment