Thursday, May 30, 2013

Things to learning and still learning

Assalamualaikum...

Untuk pengetahuan korang, my little CEO dah menginjak 9 bulan lebih pada hari ini. Alhamdullillah masih lagi aktif dan lasak.  Aku rase banyak yang aku belajar pasal ilmu parenting nih, dan sangat seronok untuk ber-shopping barang baby nih..yeah!  Salah satu ilmu yang aku belajar ialah babywearing.  Mesti korang tak tau kan? kekekeke....pernah nampak orang indonesia gendong anak tak? haaa, lebih kurang lah macam tu, cumer baby carrier kali ni dah banyak di modified sikit.  Kalau nak cerita jenis-jenis baby carrier ni, terlalu banyak, so yang tu nak kene buat entry yang lain.  Mari aku cerita sikit kenapa aku start pakai baby carrier ni.

My little CEO dari newborn sampai sekarang memang agak clingy dan cerewet, sentiasa takut kalau takde orang kat sebelah die, dan die slalu nak di dukung sahaja.  Memang agak susah, pada mulanya, aku agak stress sebab die asyik menangis untuk di dukung, which means aku tak dapat nak buat kerja-kerja rumah.  itulah sebabnyer aku beli baby carrier ni. Sejak tu, aku memang pakai untuk kemana sahaja.  Kami berdua boleh berjalan bershopping di Jusco, di Kipmart, pegi pasar (yeah, memang hanya kami berdua sahaja!).  Stroller kat rumah sudah berhabuk sebab tak pakai.  Kalau yang expert, boleh siap breastfeed lagi dalam carrier (which I'm not master this part yet).  Turun naik flight pon sangat senang, save tangan untuk pegang stroller...

Dulu ada orang cakap jangan manjakan sangat anak, kalau nangis biarkan sahaja, but I'm not agree on it.  Banyak sangat yang negatif dari positif kalau kiter biarkan baby menangis.  U all can try to read by yourself on the link below:

Faedah menggendong anak

bahaya membiarkan bayi menangis

psikologi bayi yang menggendong

Ape pon, keputusan mendidik anak-anak berbeza setiap parents, bukan bermaksud tak menggendong tu tak bagus, cumer pastikan kiter buat yang terbaik untuk anak-anak kiter di saat die menangis....

 gambar ni kami di Jusco Bukit Indah, bershopping sakan ayah sampai kami berdua boring..hehehe..ketika ni aku pakai penggendong 'ring sling' yang diikat sebelah bahu sahaja, little one CEO 4 bulan...

penggendong penyelamat kami! kami sentiasa pakai di dalam rumah, sidai kain, vacuum rumah, basuh pinggan pon kami pakai jugak.  Penggendong 6 bulan dan kain gendong ni di namakan mei tai.. 

Little one CEO yang sentiasa tido dalam gendong.  Gambar diambil ketika beratur di cable car langkawi... 

Gambar di ambil dalam cable car maser nak sampai ke puncak gunung.  Cara yang sama jugak kami pakai ketika berada dalam flight.

Cara gendongan aku mungkin lebih tradisional, yang moden sikit pon ader, saper yang berminat boleh try survey di fabulous mom outlet JB dekat dengan sutera mall.

Thanks, have a nice day!