Thursday, August 25, 2011

Fesyen Bertudung

Assalamualaikum...

Arini aku nak citer pasal fesyen bertudung, walaupon aku rase aku macam tak layak jek nak bagi nasihat pasal fesyen kat korang haha.  Dulu, aku suker pakai tudung bawal, tapi tudung bawal ni tak tahan lamer kat bahagian bawah dagu sebab kiter slalu pin.  Lepas tu aku tukar pakai tudung instant pulak, senang nak pakai, tapi yang berkualiti sumernyer mahal-mahal, so sekarang aku bertukar pakai shawl/selendang.  Yang bestnyer pasal shawl ni kiter boleh buat macam-macam style dan murah.  Tak macam tudung bawal, makin mahal makin nipis, tapi kalau shawl ni boleh cover leher sebab die tak jarang, especially pashmina.  So, sekarang ni kalau klua umah ker, pegi keje ker, aku mesti akan pakai shawl.
Ada banyak cara kiter boleh buat, tapi aku slalu pakai style-style macam kat bawah ni, senang dan cepat! Selamat mencuba! Semoga korang sumer cantik di Hari Raya nanti!

Style yang aku slalu pakai untuk gayakan pashmina..Memang best dan senang!

Gaya untuk pakai cotton shawl yang panjang dan nampak loose.. Cotton shawl memang best sebab walaupon die tebal, tapi sejuk jek kalau pakai...

Lagi style pakai tudung shawl cotton yang simple..


Sekian, have a nice day!

Friday, August 19, 2011

Situasi

Assalamualaikum...

Aku sejak dari start sekolah sampai sekarang, ramai dah kawan yang sama-sama berkongsi pengalaman ketika mengharungi kehidupan di dunia (cewah!!).  Tapi setiap kawan tu die akan berkongsi pengalaman yang berlainan.  Aper yang aku listkan kat bawah ni based on aku punyer experience and observation dengan kawan-kawan di sekeliling aku ok..

Sekolah Rendah
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Camner nak panggil cikgu kalau tetiber rase sakit perut dalam kelas.  Patutkah dilepaskan sahaja?
2) Camner nak bersukan pakai baju kurung kalau terluper nak bawak baju sukan dan takut kene marah dengan cikgu.
3) Camner nak pakai tudung terbalik.
4) Camner nak sembunyikan pensel tekan-tekan yang mahal, takut kawan lain ambik.
5) Camner nak hilangkan kotoran lumpur dengan cepatnyer kalau terjatuh mase berlari nak pegi sekolah?
6) Camner nak sembunyi atau lari kalau kene kejar anjing time nak pegi sekolah.

Sekolah Menengah
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Camner nak control cun dengan mamat hensem dalam satu kelas.
2) Mari kiter citer pasal lelaki...lelaki..lelaki..
3) Tetibe terasa nak cari abang angkat jugak, macam orang lain.
4) Camner nak duduk sopan time period sebab takut tembus kat baju sekolah yang kaler putih.
5) Mamat ni hensem, mamat tu hensem, yang sorang lagi pon hensem jugak..Sumer aku nak, boleh tak?

Kawan kat U
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Kawan-kawan, jom kiter pegi jalan ramai-ramai. Tuang-tuang untuk sewa kereta. Yeay!!
2) Dateline assignment ni lamer lagi, mari pergi bersukaria dulu. Yeay!!
3) Senior tu hensem lah, tapi budak coursemate aku pon hensem jugak.  Nak pilih maner satu eh?
4) Geng, boyfriend aku nak break dengan aku...uwaaa!! sedihnyer!!!
5) Aku tension, aku tension, aku tension... Minggu ni banyak giler kuiz dengan test, satu jadah ape pon tak study lagi!
6) Exam dah nak dekat, aku tension weh!!! Aper ade dvd/cd/novel yang best? Aku nak pinjam!

Kawan Kerja (Fresh Grad)
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Eii, bestnyer keje!! Tak sabar nak keje, nak praktikkan segala ilmu.
2) Aduh, penatnyer! Asal balik keje jek penat.. Letihnyer, aku rase aku dah takde life dah, asyik pegi keje, balik keje jek.
3) Tension nyer, aper aku nak buat aktiviti yang best untuk lepaskan tension??
4) Aku rindu kat kawan-kawan yang lain, rindu mase kat U...Uwaaaa!!!
5) Tension dengan bos..Tension!! Tension!!

Selepas beberapa tahun
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Bercinta, berkahwin, ilmu memasak, anak...
2) Bestnyer kalau dapat pakai kereta tu, nak kumpul duit lah beli..
3) Biler lah hutang aku nak abis ni?? Banyaknyer hutang! Gaji aku abis kat hutang jek!
4) Mari kiter update facebook jap beramai-beramai time office hour nih...
5) Jom shopping online!
6) Malas nak buat keje..Malas nak buat keje..Nak cuti..Nak cuti..Nak cuti..

Begitu lah kisahnyer...

Kawan-kawan baru kat tempat keje yang memang selalu tengok muker aku yang malas tiap-tiap hari...sumer lelaki..layannn....

Sumer pelahap nih!!

Sekian, have a nice day!

Sunday, August 7, 2011

Melancong

Assalamualaikum...

Salah satu hobi aku yang susah sikit untuk dicapai ialah melancong.  Dulu, mase sekolah menengah, aku dan dayah (budak sekelas aku) slalu berangan nak pegi melancing around the world samer-samer.  Sudahnyer tak kesampaian sebab masing-masing ade komitmen sendiri lepas abis SPM.  Tapi, tu tak menggugat aku nak jugak pegi berjalan-jalan kat tempat orang.  Tak semestinyer luar Malaysia, dalam Malaysia pon jadilah...  Belajar kat Sabah memang menambah lagi keseronokan berjalan-jalan kat tempat orang.  Sabah memang negeri yang cantik dan banyak tempat untuk melancong.  Aku pon sempat jugak pegi merata tempat kat Sabah, Pulau Labuan, Brunei dengan Sarawak (Miri, Bintulu, Sibu, Kuching, sempadan Sarawak-Kalimantan).  Aku and da member sempat jugak masuk ke Gua Mulu.  Seronok!

Aku memang ikut perangai arwah bapak aku.  Kiteorang memang suker berjalan, dulu die suke konvoi pegi ke Thai dengan Indon. Cumer ade skali aku tak dapat ikut dieorang ke Vietnam sebab time tu aku nun jauh di Sabah.  Alhamdulillah, aku dah pegi jelajah 1 semenanjung, timur, barat dan utara (Singapore pon dah abis jelajah..^____^)  Destinasi terakhir aku untuk melancong dalam Malaysia hari tu ialah Langkawi.  Lepas ni kami tengah mengumpul duit untuk ke oversea plak (Aminnnnnn...).

Aku harap impian aku tercapai untuk melancong around the world.  Jeles dengan en. suami biler die citer die dah melancong merata-rata.  Kami sekeluarga bukan lah banyak duit sangat pon nak melancong slalu ni, tapi kami ade cara kami sendiri cmner nak pegi melancong tapi kluar duit sikit..haha pelik tak?  Sebelum ni ade beberapa destinasi dalam negeri dengan Singapore yang kiteorang buat camni, tapi sebab tempat sendiri, aku tak berani nak kongsi info dalam blog ni.  Tunggu aku dan en. suami prektikkan dulu first oversea destination kami, lepas tu aku akan kongsi info dengan korang camner nak pegi melancong dengan budget yang minimum (harap-harap ah..hahaha).

P/S: Nasib baik ade Airasia, murah sikit, dapat lah jugak merasa pegi oversea nanti.  I love you Airasia! Jangan luper tambah kan lagi destinasi!

Menjadi statue di Dataran Langkawi yang panas terik.  Tu yang aku bergambar siap pegang botol mineral water..ish3x..

Sekian, have a nice day!