Friday, October 14, 2011

Masa Itu Emas

Assalamualaikum...

Sejak dah jadi student nih, aku rase masa 24jam tu tak cukup untuk aku.  Banyak betul mende yang nak disettlekan.  Rutin harian aku sekarang:

4.45/5.00am: bangun pagi, masak untuk en. suami.  Balik keje tak sempat masak.
5.45am: Mandi, breakfast, solat, siap-siap nak pegi keje.
6.45am: Bertolak ke ofis.
7.45am: Sampai ofis, check email, start buat keje.  Dah takde mase nak lepak-lepak.
8.00-5.30pm: Office hour.  Kalau ada kelas, terpaksa excuse sekejap untuk pergi kuliah, belum kire kalau ada group discussion lagi.  Lunch pon main sumbat ke maner-maner kalau sempat.
5.30-7.00pm: Masa untuk mengganti work hour yang miss setiap hari.  Kalau keje dah siap, start bukak buku pulak.
7.00-8.00pm: Balik.  Dah sampai rumah.  Penat-penat..
8.30-11.00pm: Masa untuk berehat.

Weekend: Masa untuk bersukaria!!!

Nasib baik lah subjek yang diambil tu sikit, boleh lagi manage masa.  Setakat ni, aku dapat siapkan assignment masa office hour, tak payah bawak balik umah..hehe..sekarang dah takde istilah buat last minute macam undergrad dulu.  Tambah lagi assignment pon semakin susah..

Sekian, have a nice day!

No comments:

Post a Comment