Saturday, September 17, 2011

Sayonara

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama tak prektis tak tido malam.  Bila dah semakin berumur ni, badan semakin penat kalau tak tido malam.  Macam hari jumaat kelmarin, kami menghantar adik kesayangan (cewah!) pegi ke KLIA. JPA dah pesan suruh tunggu kat saner pukul 3 pagi.  Punyer lah bersemangat, masing-masing dok pekena kopi.  Sudahnyer, mata masih stay membulat sampai pagi.

Kami konon-konon nyer nak buat drama swasta pagi tu, tapi di sebabkan masing-masing sakit perut (sebab makan breakfast kat mcd pukul 4 pagi!) dan mata sudah tak dapat ditahan lagi, akhirnyer mak aku jugak yang masih setia buat drama swasta.

Ape pon, kami di Malaysia ni berdoa agar adik kiteorang selamat di sana, dan belajar rajin-rajin.  Mak beria-ia nak tambah koleksi anak die jadi doktor..Hazazi Razali, aja aja fighting!!

Adik aku yang dah nampak botak walaupon blum start blaja lagi..ish..ish..ish.. 

Time ni masing-masing masih bersemangat lagi... 

En. suami yang jugak bersemangat akibat pekena ekspresso yang maha banyak.. 

Sempat breakfast di mcd dulu sebelum boarding..selepas gambar ni, aku dan adik aku dah tak jadi nak buat drama swasta sebab dah sakit perut, toilet pulak tu ramai orang..aiseh!!

P/S: Buat Hazazi Razali, kalau dah settle tempat tinggal dan dah daftar sumer, mak pesan suruh contact via facebook atau email.  Harap-harap kat Cairo sumer nyer ok-ok belaka.

Thanks, have a nice day!

No comments:

Post a Comment