Friday, August 19, 2011

Situasi

Assalamualaikum...

Aku sejak dari start sekolah sampai sekarang, ramai dah kawan yang sama-sama berkongsi pengalaman ketika mengharungi kehidupan di dunia (cewah!!).  Tapi setiap kawan tu die akan berkongsi pengalaman yang berlainan.  Aper yang aku listkan kat bawah ni based on aku punyer experience and observation dengan kawan-kawan di sekeliling aku ok..

Sekolah Rendah
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Camner nak panggil cikgu kalau tetiber rase sakit perut dalam kelas.  Patutkah dilepaskan sahaja?
2) Camner nak bersukan pakai baju kurung kalau terluper nak bawak baju sukan dan takut kene marah dengan cikgu.
3) Camner nak pakai tudung terbalik.
4) Camner nak sembunyikan pensel tekan-tekan yang mahal, takut kawan lain ambik.
5) Camner nak hilangkan kotoran lumpur dengan cepatnyer kalau terjatuh mase berlari nak pegi sekolah?
6) Camner nak sembunyi atau lari kalau kene kejar anjing time nak pegi sekolah.

Sekolah Menengah
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Camner nak control cun dengan mamat hensem dalam satu kelas.
2) Mari kiter citer pasal lelaki...lelaki..lelaki..
3) Tetibe terasa nak cari abang angkat jugak, macam orang lain.
4) Camner nak duduk sopan time period sebab takut tembus kat baju sekolah yang kaler putih.
5) Mamat ni hensem, mamat tu hensem, yang sorang lagi pon hensem jugak..Sumer aku nak, boleh tak?

Kawan kat U
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Kawan-kawan, jom kiter pegi jalan ramai-ramai. Tuang-tuang untuk sewa kereta. Yeay!!
2) Dateline assignment ni lamer lagi, mari pergi bersukaria dulu. Yeay!!
3) Senior tu hensem lah, tapi budak coursemate aku pon hensem jugak.  Nak pilih maner satu eh?
4) Geng, boyfriend aku nak break dengan aku...uwaaa!! sedihnyer!!!
5) Aku tension, aku tension, aku tension... Minggu ni banyak giler kuiz dengan test, satu jadah ape pon tak study lagi!
6) Exam dah nak dekat, aku tension weh!!! Aper ade dvd/cd/novel yang best? Aku nak pinjam!

Kawan Kerja (Fresh Grad)
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Eii, bestnyer keje!! Tak sabar nak keje, nak praktikkan segala ilmu.
2) Aduh, penatnyer! Asal balik keje jek penat.. Letihnyer, aku rase aku dah takde life dah, asyik pegi keje, balik keje jek.
3) Tension nyer, aper aku nak buat aktiviti yang best untuk lepaskan tension??
4) Aku rindu kat kawan-kawan yang lain, rindu mase kat U...Uwaaaa!!!
5) Tension dengan bos..Tension!! Tension!!

Selepas beberapa tahun
Kawan yang berkongsi pengalaman dan situasi tentang:
1) Bercinta, berkahwin, ilmu memasak, anak...
2) Bestnyer kalau dapat pakai kereta tu, nak kumpul duit lah beli..
3) Biler lah hutang aku nak abis ni?? Banyaknyer hutang! Gaji aku abis kat hutang jek!
4) Mari kiter update facebook jap beramai-beramai time office hour nih...
5) Jom shopping online!
6) Malas nak buat keje..Malas nak buat keje..Nak cuti..Nak cuti..Nak cuti..

Begitu lah kisahnyer...

Kawan-kawan baru kat tempat keje yang memang selalu tengok muker aku yang malas tiap-tiap hari...sumer lelaki..layannn....

Sumer pelahap nih!!

Sekian, have a nice day!

No comments:

Post a Comment